sepuluh jari disusun rapi , salah silap harap di maafi

Assalamualaikum pembuka kata . Bismillah pembuka bicara . Alhamdulillah kerana aku masih diberi peluang untuk hidup di bumi yang kian tua ini . Thanks god ! angin sepoi sepoi bertiup pada malam 20 mei 2009 . cengkerik berbisikan . kucing megiau mencari makanan . semut semut beratur dan berjalan ke satu destinasi . sepuluh jari disusun rapi , salah silap harap di maafi . aku mintak maaf sbb dah lame dah tak update blog ni . bkn sombong , tp busy sikit ngan aktiviti di sekolah .
pergi pukul 7 pagi , balik pukul 7 petang . jari jemari aku dah tak larat nak tekan huruf kat keyboard ni . lg baik balik rumah idaman aku yang penoh dengan bidadari didalam dan kedua ibu bapa aku yang aku sayangi serta adik beradik yang selalu menyokong aku . lepas je aku menang teater , aku rehat seminggu dan terus dengan training silat aku selama semingu . kemudian , selama 4 hari aku berada di Stadium Badminton Cheras untuk PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH KUALA LUMPUR 2009 . ALHAMDULILLAH . . . dengan usaha dan titik peloh yang aku dan kawan kawan seperjuangan aku telah membawa kepada kemenangan yang tak pernah disangka-sangkakan . aku , haniff , setio , dapat jugak jadi naib johan . syukur . dalam silat , aku main Kategori Silat Seni . dan dalam kategori itu , Jurus Wajib . ramai yang tertanya tanya , ape tu jurus wajib ? biar aku terangkan . jurus wajib ni ad 99 langkah yang perlu dihafal oleh 3 orang pesilat dan mesti buat dengan serentak dihadapan 5 juri . nampak mcm senang kan ? susa sebenar nya .
tengok ni .

susa tak ? pndi2 la pikir . 3 kepala nak jadi 1 . bukan senang . Jurus Wajib menang naib johan , tempur juga naib johan dengan kelebihan wiraga dan olahraga kelas 3 dapat no 3 . Sekarang busy balik ! dengan teater pulak ! adoi ! .
sekian blog hari ni .
Majulah Sukan Untuk Negara ! :)
Assalamualaikum sebagai penutup tirai malam ini .
(salah tulis harap maaf . tangan gigil .)