31 August 2009 , Monday

waa . cuti 2 minggu ni rase mcn kejap je ohh ! lepak lepak dah 2 minggu . hadoi , nak naik skola plak . homework tak buat lagi . baju x gosok lagi . hadoii ! manyak susa la . kan senang kalau ada mesin yang bole basuh dan gosok baju skali . keluar je baju aku dari mesin dah siap gosok . haha (idea bernas kepada pembuat mesin basuh , haha) senang hidup . harini la baru aku nak tanya kawan kawan ada kerja sekolah ke ? hahaha . cuti dah la xde keje duit pon xde . hadoi . sengkek doe ! cuti aku tak buat pape pon . dok uma ja . bilik pon agak berselerak . bilik bujang la kate kan . haha . halamak ! kerja PSV belum siap ! alaaa . adoi . maaf cikgu sha . hehe . merdeka this year xde pon countdown kat stesen televisyen tempatan . haha . penat aku tunggu , bajet bajet kol 12 ada la bunga api keluar kat TV . sekali berita je keluar . siot . hhaha . today puasa yang ke-10 . takde tinggal puasa lagi doe ! anda ada tinggal ? ? (:

Kampung Ohh Kampung .





assalamualaikum . waa . pada tanggal 28 ogos aku pulang ke kampung halaman ku . kate mak aku nak melawat moyang aku yang sakit . jadi aku follow je la . agak panas la di Johor Bharu tu . tak tahan aku . boleh batal puasa . haha . jalan sana jalan sini makin kurang pahala puasa aku doh ! bazar ramadhan kat sane bole tahan jugak sesak die . macam macam ada jual . rambang mate . pertama kali family kitorang buka puasa kat lua . jalan jem nak balik rumah atok . terpaksa buka kat kedai yang berdekatan . pergh ! nasi goreng kampung die cam haram . tawar . haha . tah ape yang dia masak aku tak tahu . then sampai uma atok , sedara aku dari segambut pun sampai . after terawih parents aku kate nak kluar , sekali semua tidurr . yang keluar aku dgn syahmi sepupu aku 2 je . hadoii . lepak ngan pakcik aku g JB Bazar . mcm uptown la . bak kate pakcik aku , barang panas pun ada kat sane . laptop , enset murah murah . bole dpt setengah drpd harge asal . hmmm . pape pon kl gak yang best . hahaha . then , pakcik aku belanja mingo mingo (aiskrim cepat cair. haha) . hari kedua pon macam 2 la jugak . bsan kan ? haiyoo . selamat la aku da sampai Kuala Lumpur . nampak la jugak KLCC ape suma . ni baru dunia aku . haha .





sedar tak sedar nak sambut merdeka kali yang ke 52 da kann ? cepat gile . kepada semua rakyat MALAYSIA . SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI YANG KE 52 ! (: MERDEKA , MERDEKA , MERDEKA , MERDEKA !

Kelebihan Solat Sunat Terawih

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan , mendapat keampunan dari Allah .

Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang solat terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman)

Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan solat terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau .

Malam 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat , Zabur , Injil dan Al-Quran .


Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang solat di Masjidil haram , Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf) , serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan solat terawih pada malam ini .

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman .

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang solat terawih sepertimana orang yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s.


Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam 10 : Allah s.w.t mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat .


Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti baru dilahirkan .


Malam 12 : Datang ia pada hari qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya) .

Malam 13 : Datang ia pada hari qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan .


Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersolat terawih , serta Allah tiada menyesatkannya pada hari qiamat .


Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, kursi , berselawat dan mendoakanya supaya allah mengampunkannya .


Malam 16 : Allah s.w.t. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga .

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak Nabi-Nabi .

Malam 18 : Seru Malaikat: Hai hamba Allah , sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)


Malam 19 : Allah s.w.t. tinggikan darjat nya dalan syurga Firdaus .

Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh .

Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur .

Malam 22 : Datang ia pada hari qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar)

Malam 23 : Allah s.w.t. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur .

Malam 24 : Allah buka peluang 24 Doa yang mustajab bagi orang orang yang berterawih malam ini , ( elok sekali berdoa kerika dalam sujud )

Malam 25 : Allah s.w.t. angkatkan daripadanya seksa kubur .

Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat .

Malam 27 : Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas titian Siratal-mustaqim seperti kilat menyambar .

Malam 28 : Allah s.w.t. kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur .

Malam 29 : Allah s.w.t. kurniakan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali , lalu berfirman :
"Hai hambaKu , makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam Syurga dan mandilah engkau dengan air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar".

wednesday , 26 august 2009

bosan bosan .
mlm td aku xley tdo ohhh . tak tahu kenapa . pusing sana xkena, pusing sini tak kena . haish . puas aku cube lelap kan mate aku . main game , bace msg2 lame2 , tgok video tapi masih tak bole tidurr . kenapa ya ? x smyg isyak ? dah . lapar ? da makan . hmm mayb aku ad wat salah dgn seseorang , tapi belum aku minta maaf kott . sesiapa yang berkenaan , tlg la maafin aku ya ? to , balqish , bukan xnk kawan dah , cuma ... entah la . aku lagi bingung dehh . bosan sih hidup gaya gini . haiyo . aku mahu cari teman la untuk menemani aku waktu cuti ni . hmm . aku perlukan wang tok nak buat next t-shirt . tapi mana mahu cari wang ya ? ada kerja tak untuk aku ? aku bole kerja asalkan berbayar . nothing to write la wehh . hmm .
kalaw ada jarum yang patah , jangan disimpan didalam hati .
kalaw hamba ad silap dan salah , harap dimaafi . sekian .

Kawan atau Sahabat ?

di malam yang tenang ini , disusuli dengan bunyi katak yang bernyanyi , cengkerik yang bersiulan dan angin yang bertiupan , aku terfikir mana satu yang aku perlukan .
KAWAN atau SAHABAT ?
dari kecil lagi aku sudah mempunyai KAWAN yang baik . lepak sekali , makan sekali , dan pergi balik sekolah pun bersama . tapi sebaik baik kawan itu , samakah dia dengan SAHABAT ? aku belum pernah jumpa sahabat aku . semua nya kawan sahaja . bila aku senang , kawan semua datang , bila aku susah , semua lari , dan tak ada 1 pun kawan aku yang ingin bantu . belum pernah lagi aku susah senang bersama SAHABAT aku kerna aku tak pernah ada SAHABAT . ada korang paham masalah aku ? pernah tanya ape masalah aku ? tak jawapan die . hanya segelintir sahaja yang tergerak hati untuk bertanya . bila ada kawan , mesti ada yang tak suka kita , tegur kita cara kurang hajar , tidak ada adab . tak boleh elok elok ke ? xboleh ke kaw buat macam asrol ? walau pun dia tegurr aku cuma di blog , tapi sempat lagi dia meminta maaf . kaw ada ? harapan . walaupun asrol tidak menyebut namaku di blog , aku tahu dia cuba untuk mengubah aku kepada hafiz yang dia kenal dulu . aku ulat buku ya asrol ? haha . mane ada lah . bila aku lepak bersama rakan2 aku , semuanya mencari point nak bahan kawan kawan . tak boleh ke kalaw buat lawak tanpa mengaibkan orang ? aku berharap Ramadhan pada kali ini , aku temui sahabat yang aku cari cari selama ini . korang muncul la wehh ! nak gak rasa ada sahabat .
ya Allah , jika Ramadhan pada kali ini ialah Ramadhan yang terakhir buat ku , jadikan lah Ramadhan ini Ramadhan yang paling berseri buatku ya Allah , menerangi kegelapan hatiku , dan mewarnai kehidupan kami di Sana nanti ya Allah .

jika seseorang itu hadir dalam hidup kita , dan menjadi telah sebahagian daripada hidup kita . tapi ats sebab2 tertentu , die terpaksa pergi meninggalkan kita . maka kita janganlah terlalu sedihh . terimalah kenyataan bahawa sekurang2nya dia pernah membahagiakan kita . *petikan dari filem syurga cinta* . kita mesti ingat bahawa hari esok lebih baik daripada hari ini .

19 August 2009 , wednesday



hello mello . today kitorang last training silat . sedihh wehh . bosan jerr . sabtu ngan rabu dah tak tahu nak buat ape . )': nak training . baru best . nanti waktu tade silat mesti perut naik dohh . haha . yelah . time buka makan banyak banyak tapi tak exercise . haha . gemokk laa . so kene la makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang , baru lah boleh jage diet . (: bak kate abg din kat skola aku la . haha . tadi cikgu sha belanja kelas kitorang ngan kelas mane form 1 . pasal ape tahh . haha . tapi sedapp doe . thanks cikgu sha ! (:

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


assalamualaikum . kalaw korang perasan , kita akn berpuasa lagi 2 atau 3 hari sahaja lagi . dah tak bole lepak lepak lagi lepas balik sekolah . so bored . tapi , ini lah bulan yang paling aku nanti nanti kan , SOMEBODY WILL LEAVE US . PINTU SYURGA DIBUKA DAN SEMUA SYAITAN DIGARI. padan muke kaw SETAN ! tapi kita kena la tahan lapar and dahaga sikit kan . hope this year dapat la aku puasa penuhh . banyakkan amal ibadat dalam bulan puasa . puasa jugak dapat merehat kan sistem penghadaman kita dan memberi kita merasa macam mana orang fakir miskin rasa . bile puase , kene la jage mate kite sikit . haha . jgn nak tgok bnde bukan bukan je . x saba wehh nak raya . (puasa pon belum tentu penohh) baju melayu dah tempah , baju raya sikit2 sudah beli . nanti x payah susah susah nak pikir nak bali baju dahh . kan ?

14th August 2009 , wednesday

Assalamualaikum . pada blog sebelum ini , kawan aku ada cakap , yang kita tak boleh salah kan undang-undang 100% . kita kene tgok jugak kesalah dan kekurangan kita . betol juga kata dia . sometimes aku terpikir dan kata kata ini bermain di minda aku . "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari , tapi dia datangkan petir dan kilat . Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari . Rupanya Allah berikan kita pelangi" . thanks asrol kerana sedarkan aku . tak perlu la pikir pasal ni lagi . pada tengah hari terik tadi , selepas sembahyang jumaat , ketika manusia yang bergelar LELAKI baru pulang dari masjid , aku sibok menyiapkan diri utk keluar bersama kawan kawan aku . bapak lame dohh tunggu dorang . selepas 45 minit menunggu , mereka sampai . datang bawak kaum pakai mask . (langkah pencegahan H1N1 . info H1N1 : lebih 50 orang meninggal akibat wabak ini di Malaysia sahaja) dengan aku sekali pakai mask . kitorang keluar pergi shopping baju raya la kate kan . padahal puasa pon belum . hahaha . kecik sampai beli 3 baju sekali . bak kata salah seorang kawan aku , 'baju kecik kat umah tak cukup' . haha . nak beli t-shirt je nak dekat 1 jam . macam perempuan . selepas beli baju di 70's di sungei wang , kami bertolak ke rooftop . nak lepak jap . nak enjoy . tapi ad sorang girl ni datang minta maaf kat aku . susa nak maaf kan wehh walaupun mulut memaafkan , tapi hati kata tidak dapat memaafkan . she's spoilt my mood . hate her . keadaan menjadi tegang seketika . pada mulanya , anip panggil aku , ajak aku teman dia pergi amik hazik di 7 Eleven . tiba-tiba terlintas difikiran aku yang perempuan itu nak datang . aku kate taknak . tapi anip pakse jugak . sebab aku pikir kan kawan aku pergi . tapi sepatut nya perempuan itu tidak buat begitu kepada aku . dia sepatutnya menjadi seorang wanita yang berada di dalam bekas kaca yang sukar disentuh . hanya orang yang mampu sahaja boleh memilikinya . keadaan menjadi riang ria seperti biasa balik . thanks kawan . tepat pukul 7 p.m , kitorang bertolak ke ROMP bukit bintang . shopping lagi . asyik shopping jee . bajet banyak duit . haha . kitorang pulang dengan hati yang senang riang .

Luahan Hati Seorang Remaja

assalamualaikum pembuka kata , bismillah pembuka bicara . syukur alhamdulilhah kerana aku masih lagi dapat melihat dunia ciptaan ALLAH tuhan sekalian alam ini . pada tanggal 11/8/2009 , ad berita buruk . tepat jam 3 petang abg kimi sampai dan bg tahu yang aku yang aku tidak dapat mewakili Kuala Lumpur ke SUKMA di Melaka pada tahun 2010 . di sebabkan aku lahir pada bulan 12 aku tak dapat mewakili Kuala Lumpur ke SUKMA 2010 . macam PANTAT undang undang die . bnde aku main jurus wajib je . bukan nye olahraga and 1 more thing bukan nye parents aku tak bagi . dorang lagi support ade la . Weh si PENGGUBAL UNDANG-UNDANG SUKAN SILAT or whatever sukan la , longgarkan la sikit undang-undang tu . kitorang mungkin bole menang dengan bantuan jurulatih yang mahir dan training yang mantap diadakan , tapi kitorang KALAH dengan TARIKH LAHIR . dan yang pelik nye SILAT je yang undang-undang die 17 tahun ke atas hingga 23 tahun kalaw nak masuk . kata amir , budak gymnastik DARJAH 4 dah wakil negeri diorang . Amir wakil KUALA LUMPUR dalam sukan menembak di SUKMA start dari FORM1 lagi . tade masalah pon. sukan sukan lain takde pon cam ni . kenape SILAT JE ? bagi aku sebab . TAK ADIL LA MACAM NI WEHH ! Pikir la bailk . negara pon nak mencapai kemerdekaan kali ke 52 da wehh . anak muda zaman sekarang ni berbakat semuanya dan boleh mengharum kan nama negara jika Undang-Undang di longgar kan . kepada kawan-kawan yang dapat wakil kuala lumpur ke SUKMA , aku doakan korang berjaya . CHAYOK ! maju lah SUKAN untuk negara . ((: