SPIDERMAN MASUK LOKAP ?


SPIDERMAN MASUK LOKAP selepas berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas . selepas tiga kali mencuba memanjat KLCC , lelaki yang mendakwa dirinya sebagai 'SPIDERMAN PERANCIS' yang bernama Alain Robert akhirnya berjaya juga memanjat puncak menara yang menjadi mercu tanda Malaysia itu yang setinggi 452 meter iti dalam masa 90 minit bersamaan dengan 1 jam 30 minit pada tanggal 1 September 2009 tanpa sebarang perakatan . sebaik sahaja dia turun dari menara itu , Alain Robert terus ditangkap . ini kali ketiga dia ditangkap atas tuduhan menceroboh bangunan itu . yang pelik nya , macam mana dia nak turun dari menara itu ? dia mula memanjat KLCC sejak dari tahun 1997 , kemudian percubaan kedua pada 2007 namun tidak berjaya . kini dia berjaya memanjat dan menyambut kejayaan nya itu di dalam lokap IPD Dang Wangi . (: dia telah berjaya memanjat 85 bangunan tinggi di seluruh dunia . Seorang jurugambar, Ee Wee Kiat yang merakamkan aksi Robert berkata, lelaki itu dilihat memanjat tanpa peralatan. "Dia memanjat tanpa ada gangguan kerana tiada ada sesiapa termasuk pengawal keselamatan yang nampak,'' ceritanya.

Info Alain Robert
  • dilahirkan pada 7 Ogos 1962 di Digion Perancis
  • mula memanjat bangunan pada usia 12 tahun ketika dia tertinggal kunci apartment . dia memanjat dinding bangunan utk masuk ke rumah nya di tingkat 8
  • berjaya memanjat 85 bangunan
  • 7 kali jatuh , paling serius pada 1982 , terjatuh dari paras 20 meter dan koma 5 hari
  • menulis buku "With Bare Hands".
Antara bangunan yang telah dipanjat
  1. Menara Sydney Australia 1997 (319 meter)
  2. Australia Sydney Harbour Bridge 1997 (135 meter)
  3. The Far East Finance Centre , Hong Kong 1996 (200 meter)
  4. The Che Kong Centre , Hong Kong 2009 (283 meter)
  5. Englang One Canada Square , London 2009 (244 meter)
  6. Menara Eiffel , Paris 1997 (313 meter)
  7. France Tour Montparnasse , Paris 1995 (209 meter)
  8. Bangunan Shinjuku Center di Tokyo, Jepun 1998 (245 meter)
  9. UAE National Bank of Abu Dhabi , 2003 (173 meter)
  10. Bangunan UAE The Atisalat 2005 (160 meter)
  11. Bangunan New York Times , New York 2008 (228 meter)
  12. Bangunan Empire State , New York 1994 (318 meter)
  13. Menara Sears ,Chicago 1999 (443 meter)
  14. Taipei 101 ,Taipei 2004 (508 meter)
  15. Menara Berkembar Petronas , Malaysia 2009 (452 meter)

No comments:

Post a Comment