Kelebihan Solat Sunat Terawih

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan , mendapat keampunan dari Allah .

Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang solat terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman)

Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan solat terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau .

Malam 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat , Zabur , Injil dan Al-Quran .


Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang solat di Masjidil haram , Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf) , serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan solat terawih pada malam ini .

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman .

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang solat terawih sepertimana orang yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s.


Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam 10 : Allah s.w.t mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat .


Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti baru dilahirkan .


Malam 12 : Datang ia pada hari qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya) .

Malam 13 : Datang ia pada hari qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan .


Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersolat terawih , serta Allah tiada menyesatkannya pada hari qiamat .


Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, kursi , berselawat dan mendoakanya supaya allah mengampunkannya .


Malam 16 : Allah s.w.t. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga .

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak Nabi-Nabi .

Malam 18 : Seru Malaikat: Hai hamba Allah , sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)


Malam 19 : Allah s.w.t. tinggikan darjat nya dalan syurga Firdaus .

Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh .

Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur .

Malam 22 : Datang ia pada hari qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar)

Malam 23 : Allah s.w.t. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur .

Malam 24 : Allah buka peluang 24 Doa yang mustajab bagi orang orang yang berterawih malam ini , ( elok sekali berdoa kerika dalam sujud )

Malam 25 : Allah s.w.t. angkatkan daripadanya seksa kubur .

Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat .

Malam 27 : Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas titian Siratal-mustaqim seperti kilat menyambar .

Malam 28 : Allah s.w.t. kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur .

Malam 29 : Allah s.w.t. kurniakan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali , lalu berfirman :
"Hai hambaKu , makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam Syurga dan mandilah engkau dengan air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar".

No comments:

Post a Comment